Sunday, September 14, 2014

Monday Blues

Monday can't be any bluer (?) than this. Weekend terasa panjang when you spend your days with exciting activities. Seperti bermundar mandir menghabiskan duit di Pasar Siti Khadijah? And tomorrow is a public holiday. Like hello tak boleh ke kasi je Isnin cuti sekali so you don't have to deal with Monday Blues? Sadly, No.

So bangun pagi macam biasa siap2 and I decided to bring a pile of books to the office today (for whatever reason. why today?) Konon macam nak study la kot to let Monday slips away quickly. Ada la dalam 3kg kot buku2 tu. And for whatever reason jugak, harini nak pakai high heels instead of the flat shoes. Ok fine.

Sampai dekat kereta, alamakkkk I left my car keys upstairs. (I didn't know it was just a beginning, a lot more to come) Ok no complaint since ade elevator pon not that I have to climb the stairs. Ok jalan jalan seperti makcik2 yang bajet busy bawak buku seguni dan berkasut tumit tinggi. Sampai depan bangunan office. Aaaaaaaaaaa menjerit2 dalam hati I left my access card at home. Urghhh. Call everyone, since esok cuti, semua org pon either taking leave, or lambat lagi sampai or ade hal blablabla. No way out, I had to go back and take my card at home.

Bila dah sampai station Damai macam... uhmmm boleh tak kalau tinggal je seguni buku ni dekat lrt station. takkan la ade org nak curik buku kot? Not gonna walk back and forth with those books. Ok tinggal dekat tepi2 dinding, walked 5 steps or less, turned back, ambik buku balik because I saw a kakak cleaner and 2nd thoughts crept in, what if she threw away my books? Berjalan semula ke kereta dengan seguni buku. Sampai rumah, rushing naik atas, bukak pintu, masuk rumah, terlupa tutup pintu  (or memang tak berniat pon nak tutup pintu sebab sekejap je) dann taddaaaaaa seekor kucing telah berjaya menfollow masuk ke rumah. Yes, you have no problem with that. Tapi kasihanilah saya, saya sangat penyegan dengan kucing T_T. Bermula lah episode "Aku dan Kucing on Monday (blues)". Kucing itu pulak sedang membunting yang gemuk maka bertambah tegaklah bulu roma. Huarghh. Meowww2 Quack2 Grrrr Shuhh2. Ape la aku nak buat dengan ibu mengandung ini tskk tskk. If someone saw me from the outside, he might think there's a kungku fighting filming in my house, but the reality was just "Aku dan Kucing on Monday (blues)" short story.

Beberapa minit berlalu, akhirnya berjaya meloloskan diri dari ibu mengandung itu. Tanpa memukul mahupon mencubit manja. Cume menjegil2 kan mata je kekekeke. Ambik access card kat dalam bilik, berjalan seperti makcik2 bajet busy dengan seguni buku. Sampai LRT, touch and go card menyatakan insufficient balance?? Why now why *&#$%@^&# Thanks! Topup, sambung berjalan dengan berpeluh2 seperti berlari 3km di pagi hari and here I am. Mengadap laptop, update blog sebab penat sangat padahal baru pukul 10.30am? Buku tah ke mana study tah ke mana. Maka kenapakah kau beriya sangat nak bawak seguni buku tu pagi tdi? Pffttt. Entahlah..

Boleh tak fast forward pukul 5.30pm cepat? Like superrr fasttt.