Thursday, August 30, 2012

Birthday!



Alhamdulillah for another year.
Alhamdulillah for a thoughtful family
Alhamdulillah for the most sporting colleagues 
Alhamdulillah for the forever awesome favorite people
Alhamdulillah for all the wishes. the celebrations. the gifts. and the du'a 

Twenty-X, healthy, fat, full-time employed, love sleeping, ugly betty and happy! 
I won't ask for more :)

Saturday, August 4, 2012

Iftar


"Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, nescaya akan dilipat-gandakan (ganjarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak." 
(Qs Al Hadid:18)

Selama ni tengok dalam TV  je majlis berbuka puase dengan anak2 yatim, orang2 tua  dalam bulan Ramadhan. Tak pernah terfikir pon berkesempatan nak sama-sama meraikan mereka. Atau mungkin tak pernah cari kesempatan tu? Tapi this year kesempatan tu datang sendiri.. Alhamdulillah.. Terima kasih kepada organizer berusaha anjurkan Majlis cmni. 

 So yesterday, we (ex-Vandy) had Majlis Berbuka Puasa bersama Anak2 Yatim dri Baitul Ehsan, Taman Maluri. Bermesra dengan anak2 yatim sambil menderma dan yang paling penting merasai kehidupan mereka yang mungkin sesetengah dri kita tak pernah terfikir, jauh lagi merasa termasuk saya. Kalau selama ni berbuka puase dengan kawan2 nak pikir makan sedap, nak pikir borak2 update2 cerita je, jadi sesekali ade majlis mcm ni memang peluang yang sangat saya hargai. Mungkin kita dah banyak kali jadi tangan yang menerima, dengan rezeki yg Allah bagi, dah tiba masanya kite pulak jadi tangan yang memberi.

Adik2 ni umur saya rase between 7-17 years old. Tapi yang ramai around 8/9 years old. Lepas buka puase minum air and kuih2, diorg terus kemas2 siap nak solat Maghrib, tanpa disuruh tanpa di arah. Pantas semua penuhkan saf depan skali. Kita yang dh besar2 ni pulak baru nak amek wuduk, baru nak bersiap2. Ade 2 3 kali saya terdengar kawan2 ckp, eh lajunya diorg dah siap2. Segan pulak kite kakak2 kan adik2 pulak jadi contoh. But no one said the older is always right. hehehe.


After terawih, we had one sharing session with the owner/founder's wife, let just call her Ummi. Sape2 yang dengar Ummi bercerita mesti tersentuh hati. MasyaAllah mulianya hati Ummi. Di sebalik dunia yang makin kejam ni, masih ada orang sebaik ini. May Allah bless and protect her and her family. So saya try untuk share kepada sape2 yang x berkesempatan nak join, as someone who was there yesterday.

Mula2 Ummi bercerita macam mane die ambil adik2 ni. Sebak je dengar. Selalunya Ummi kata, die akan pergi ambil sendiri adik2 tu kalau ade orang mengadu pasal masalah2 diorg. Ade yang kene halau dgn mak ayah, ade yang ayah meninggal mak pekak and bisu, ada yang ayah bru meninggal jadi tinggal dengan ibu tunggal 6 beradik... macam2 kisah ade.Ade yang Ummi jaga since 5months old, Ummi susukan, jaga dri kecik sampai dh besar.

Yang paling saya ingt, ade seorang adik ni rupenye warga Myanmar. Adik A ni sangat mesra time makan duduk dengan kitorang sekali. Tak sangka die penah ade kisah buruk dalam hidupnya. Ummi ambil die from Myanmar lepas ade orang report, die dibesarkan oleh Nenek umur dalam 85 tahun, ayah mak dah meninggal, duduk pulak di perkampungan ajaran sesat. Ummi kata, Alif Ba Ta semua tak kenal. 4 hari 4 malam perjalanan Ummi ambil die dri sana.

They need at least 10k per month, untuk belanja semua adik2 ni tak termasuk makan lgi..without any dana yang tetap. Seorang sahabat tanya, macam mana Ummi dapatkan duit banyak2 tu? Ummi kata, " Ummi pon xtau, tapi Alhamdulillah setiap bulan Allah cukupkan"

Sahabat lain pulak tanya, Apekah bentuk sumbangan yang Ummi paling perlukan untuk rumah Baitul Ehsan? Jawab Ummi "Tak kira apa2 bentuk sumbangan Ummi terima seadanya". (dalam hati saya, alaaa mulianya manusia T_T malu dengan diri sendiri, saya yang xberapa susah ni pon kalau orang tanya confirm demand bermacam2)

Yang paling tersentuh hati, even Ummi sendiri pon kene berusaha setiap bulan nak sara semua adik2 ni, tapi bila ade rezeki lebih, die akan cari rumah2 orang susah sekitar Maluri, hantarkan bantuan seperti makanan. Muliaaa takkkkkkkk? Dah la memang mulia, tambah2 lagi mulianyaaa T_T. Saya dekat rumah ni sampai xtau nak makan ape bukan sebab takde makanan, sebab banyak sangat pilihan. Lagi2 kalau pegi Bazaar.

Semoga Allah bagi kesedaran kepada kita semua supaya sentiasa bersyukur dan mengingati kesusahan orang lain. And I hope I'll get more chances to join such a blessed event like this.

P/s: Kepada sesiapa yang berminat mungkin untuk menyumbang atau pon bertanya soalan directly to Baitul Ehsan, sila email to baitulehsan.maluri@gmail.com.

Wednesday, August 1, 2012

Ikhlaskan hati...


Do we care or are we just bystanders who hope the problem would go away?